send link to app

PUNB app for iPhone and iPad


4.2 ( 9712 ratings )
Business
Developer: SME Cloud Sdn Bhd
Free
Current version: 1.3, last update: 7 years ago
First release : 14 May 2014
App size: 32.21 Mb

LATAR BELAKANG
PUNB : "Kejayaan Anda Aspirasi Kami"
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) adalah badan pembangunan usahawan terunggul di Malaysia.


OPERASI PUNB
Membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
Ia menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.

TENTANG KAMI
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965
Tarikh penubuhan : 17 Julai 1991
Milikan penuh kepada : Yayasan Pelaburan Bumiputra
Modal dibenarkan : RM500 juta
Modal berbayar : RM400 juta
Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.

Inilah asas kewujudan PUNB.
VISI, MISI & OBJEKTIF

Visi Kami
Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.

Misi Kami
Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Objektif Kami
Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.